SUKAN

Tuah milik SMK Mutiara Impian

Tuah milik SMK Mutiara Impian


BARISAN pemain SMK Mutiara Impian bersama pegawai pasukan dan pihak penganjur bergambar bersama selepas majlis penyampaian trofi di Stadium Mini Sekolah Sukan Gambang, Pahang kelmarin.


SEPERTI sudah diramal, pertembungan antara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Impian dan Sekolah Sukan Gambang pada final Liga Piala Menteri Pelajaran (MELC) Bawah 14 tahun (B-14) 2013 kelmarin cukup mendebarkan.

Tampil selaku wakil Pulau Pinang, SMK Mutiara Impian membuktikan betapa mereka lebih berhak bergelar juara apabila membenam Sekolah Sukan Gambang 11-10 menerusi penentuan sepakan penalti.

Beraksi di Stadium Mini Sekolah Sukan Gambang, Pahang, kedua-dua pasukan terlebih dahulu terikat 1-1 selepas tamat masa sebenar 70 minit perlawanan berlangsung.

Saingan masa tambahan turut disajikan dengan aksi penuh dramatik apabila kedua-dua pasukan terikat 3-3.

Selepas bertarung lebih satu jam, SMK Mutiara Impian akhirnya dinobat selaku juara pada edisi kali ini.

Jurulatih SMK Mutiara Impian, Muhd. Rakhi Mat Saad berkata, tuah lebih menyebelahi mereka terutama pada penentuan sepakan penalti.

"Kami telah bekerja keras untuk perlawanan akhir ini, ia satu perlawanan yang hebat, gila dan sangat menyeronokkan sehingga wisel penamat ditiupkan.

"Tahun lalu, kami tewas pada masa tambahan dan sebab itu, kami tidak risau jika skrip itu berulang lagi kali ini.

"Saya tetap memberitahu para pemain bahawa perlawanan akhir ini akan menjadi milik mereka selagi mereka bermain dengan baik.

"Penentuan sepakan penalti 50-50 dan ia hanya bergantung kepada tuah. Ternyata tuah menyebelahi kami," kata Muhd. Rakhi.

Sekolah Sukan Gambang juga harus diberikan pujian kerana mereka tampil buat kali pertama pada kejohanan itu yang mula diperkenal pada 2008.

Pada aksi kelmarin, Sekolah Sukan Gambang memperoleh gol pembukaan menerusi Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak pada minit ke-10.

SMK Mutiara Impian berjaya menyamakan kedudukan menerusi gerakan lincah Muhammad Husnul Isral Amran pada minit ke-67.

Dalam aksi masa tambahan, Muhammad Hadi menambah dua lagi gol buat Sekolah Sukan Gambang manakala Muhammad Husnul dan Muhammad Azmeer Aris Nor Rashid meledak dua lagi gol buat SMK Mutiara Impian.

Infiniti!»

Perabot daripada kayu pain terpakai

KAYU pain disimpan rapi di dalam bengkel untuk mengekalkan ketahanannya sekali gus tidak mudah rosak.

Varia!»

Melahirkan jutawan bidang penternakan

SITI FATONAH (dua dari kanan) bersama Mohamad Jamil (dua dari kiri) di hadapan Akedemi Usahawan MJ Fatonah di Bestari Jaya, Kuala Selangor, Selangor.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32