NEGARA

Lemas selepas selamatkan adik

Lemas selepas selamatkan adik


ANGGOTA bomba mengusung mayat Mohamad Khidil yang ditemui lemas di Ledang semalam.


LEDANG Tindakan berani seorang pengantin baru terjun ke dalam lubuk di kawasan Air Terjun Asahan di Jasin, Melaka untuk menyelamatkan adiknya yang hampir lemas berakhir dengan nyawanya sendiri melayang semalam.

Mohamad Khidil Ismeet Anuar, 25, yang baru sebulan melangsungkan perkahwinan, bagaimanapun berjaya menolak adiknya, Mohamad Aliff Najimi, 13, ke kawasan cetek sebelum dia sendiri hilang dihanyutkan arus.

Mangsa sebelum itu dikatakan beria-ria mengajak ahli keluarganya berkelah ke kawasan tersebut.

Mengimbas semula kejadian itu, Mohamad Aliff memberitahu, dia tiba di situ bersama mangsa dan kakak iparnya, Shakila Zakaria, 26, untuk mandi pada pukul 9 pagi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31