TERKINI

Kerajaan Johor wujudkan Taman Gajah, Tuntung tangani kepupusan

Kerajaan Johor wujudkan Taman Gajah, Tuntung tangani kepupusan

25/08/2013 4:03pm

SEGAMAT - Kerajaan negeri Johor dengan bantuan kepakaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam akan mewujudkan taman gajah dan tuntung di negeri ini untuk tangani kepupusan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata pihaknya telah mengenal pasti Sungai Sedili di Kota Tinggi sebagai tapak taman tuntung dan sedang mempertimbang kawasan hutan yang sesuai untuk dijadikan tapak taman gajah.

"Usaha menempatkan gajah liar di satu kawasan khas amat perlu memandangkan Taman Negara Endau-Rompin di Mersing yang kini menjadi habitat hidupan itu padat dan tidak dapat menampung bilangannya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengenai Taman Laut Sultan Iskandar yang baru diwartakan, beliau berkata tempoh menyelam akan dihadkan mulai dari pukul 9 pagi hingga 5 petang sahaja dan setiap pelawat akan dikenakan bayaran masuk ke pulau.

"Caj kemasukan dikenakan kerana kita mahu kos memulihara kawasan itu dikongsi bersama. Dalam usaha kita menikmati keindahan, maka kita juga perlu menjaga kebersihan dan memulihara khazanah supaya tidak musnah," katanya. - Bernama

Rencana Utama!»

Reggae denyut nadi Jamaica

BOB Marley telah meletakkan muzik reggae di peta dunia dengan lagu-lagu menarik nyanyiannya.

Pesona!»

Perjuangan tingkat ekonomi ummah

ZAINAH dan suaminya bergambar bersama lapan pelajar perintis Akademi DR3 - Road To Millionaire serta kakitangan syarikatnya sewaktu pelancaran akademi tersebut baru-baru ini.

Varia!»

Cerai melalui talak taklik

LAFAZ taklik biasanya diucap selepas selesai akad nikah dan isi kandungannya adakalanya berbeza mengikut negeri. - Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15