NEGARA

Samun, culik sebelum perkosa pekerja kilang

Samun, culik sebelum perkosa pekerja kilang


SOE THU menunjukkan baldi yang digunakan suspek untuk meletakkan barangan berharga yang disamun di Kota Tinggi kelmarin.


KOTA TINGGI Tiga penjenayah bertindak kejam apabila bukan sahaja menyamun sekumpulan pekerja wanita Myanmar sebuah kilang elektronik selepas memecah masuk asrama mereka malah, melarikan salah seorang mangsa sebelum merogolnya dalam kejadian di Jalan Kijang, Taman Kota di sini kelmarin.

Kejadian pukul 10.45 malam itu berlaku apabila dua daripada tiga penjenayah tersebut menceroboh premis berkenaan melalui pintu belakang yang dipecahkan sebelum mengarahkan 15 wanita Myanmar berkumpul sambil mengacu-acukan parang. Seorang lagi penjenayah menunggu di luar.

Kira-kira setengah jam sebelum itu, kesemua penjenayah yang memakai topi dan sarung muka dikatakan telah memecah masuk asrama didiami 12 pekerja wanita warga Nepal kilang yang sama di Jalan Belinjau, Taman Kota Jaya di sini. Jarak antara dua tempat itu kira-kira tiga kilometer.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 47