NEGARA

Tauke rawatan kecantikan dibunuh

Tauke rawatan kecantikan dibunuh


ANGGOTA polis melakukan siasatan di tempat Amy disyaki dibunuh oleh pasangan pelanggan di Nusajaya semalam.


NUSAJAYA Perbualan singkat antara tauke sebuah salun dengan sepasang pelanggan mengenai rawatan kecantikan berakhir tragedi apabila pengusaha premis tersebut mati dibunuh dalam kedainya di Jalan Indah 1/1 Taman Bukit Indah di sini semalam.

Kejadian bermotifkan samun pada pukul 11.30 pagi itu mengakibatkan Amy Liew, 39, mati selepas penjenayah dikatakan menikam perut mangsa selain mendatangkan kecederaan di pergelangan tangan dan leher wanita terbabit.

Mangsa telah memulakan perniagaan itu sejak enam bulan lalu.

Sebelum pembunuhan berlaku, pasangan berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun tersebut masuk ke dalam salun dan berpura-pura menyamar sebagai pelanggan dengan bertanyakan mengenai rawatan kecantikan wajah.

Selain mangsa, terdapat seorang pekerja dan dua pelanggan lain di dalam premis itu ketika kejadian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Horizon!»

Berkelah, jamu selera di air terjun

Sebahagian peserta tidak melepaskan peluang bermandi-manda di air terjun Setinggi.

Varia!»

Cabar keupayaan diri dalam sukan lasak

LEBIH 5,000 orang peserta menyertai Perlumbaan Reebok Spartan di Semenyih Eco Venture, Selangor baru-baru ini.

Process time in ms: 31