NEGARA

PDRM, Jabatan peguam negara bincang pemasangan peranti pada penjenayah

PDRM, Jabatan peguam negara bincang pemasangan peranti pada penjenayah

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara kini berbincang berkaitan pemasangan peranti pengawasan elektronik (EMD) ke atas penjenayah tertentu bagi memantau pergerakan mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, buat masa ini hanya penjenayah tertentu akan dipasang EMD, dan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara sedang dilakukan bagi membolehkan mereka yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah dipasang peranti sama.

“Bagi peruntukan di bawah Akta Pencegahan Jenayah, alat ini belum dapat digunakan, dan ini memerlukan pindaan undang-undang,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Program Desa Selamat Zon Selatan Selangor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31