NEGARA

25 rumah hangus dijilat api

25 rumah hangus dijilat api


ORANG ramai melihat kebakaran yang memusnahkan 25 unit rumah di Kampung Puah Bahagia, Sentul, Kuala Lumpur malam kelmarin.


KUALA LUMPUR – Seorang suami nekad merempuh rintangan api dengan kereta untuk membawa keluar isterinya yang dalam pantang selepas bersalin ketika kediaman mereka musnah dalam kebakaran membabitkan 25 buah rumah di Kampung Puah Bahagia, Sentul di sini malam kelmarin.

Kejadian pukul 12.30 malam itu menyebabkan keseluruhan empat blok rumah panjang yang dihuni lebih 100 penduduk musnah.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

Difahamkan, ketika kejadian, hanya 10 buah rumah yang berpenghuni manakala selebihnya kosong selepas mereka pulang berhari raya di kampung halaman.

Pengarah Bomba Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata, lapan jentera dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 12.50 malam.

“Jentera pertama tiba pada pukul 1 pagi dan api berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi disiasat,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31