SUKAN

Alex tekad pulih maruah skuad Tok Gajah

Alex tekad pulih maruah skuad Tok Gajah


ALEX (kiri) mengakui skuad kendalian Dollah semakin terdesak untuk memburu kejuaraan musim ini.


ADA misi peribadi yang digalas penyerang Pahang, Mohd. Azamuddin Akil pada kempen Piala Malaysia 2013 yang akan membuka tirainya 20 Ogos depan.

Azamuddin yang lebih dikenali sebagai Alex, bertekad untuk memulihkan reputasi skuad Tok Gajah di persada Liga Malaysia (Liga M).

Selepas Lions XII dinobatkan sebagai juara Liga Super, manakala Kelantan muncul juara Piala FA musim ini, Alex tidak rela melihat Pahang terus kempunan untuk menjulang trofi.

Pemain berusia 28 tahun itu tanpa berselindung mengakui, skuad kendalian Dollah Salleh semakin terdesak untuk memburu kejuaraan.

Alex berkata, sasaran utama skuad Tok Gajah adalah beraksi di pentas final Piala Malaysia 2013, sekali gus menutup kempen Liga M dengan meraih satu trofi musim ini.

"Sasaran utama Pahang pada edisi ke-87 pada kempen Piala Malaysia 2013 adalah mahu layak ke pentas final.

"Kami sudah terlepas dua kejuaraan (Liga Super dan Piala FA) dan Pahang tidak rela berputih mata dalam kempen Piala Malaysia kali ini.

"Apa yang pasti, kami sudah terdesak untuk mengangkat maruah Pahang dalam bola sepak tempatan dan kejayaan merangkul Piala Malaysia boleh dianggap sebagai satu penamat yang bergaya buat kami pada musim ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Sementara itu, Alex yang ditimpa kecederaan patah tangan dan direhatkan selama enam minggu bakal menyertai sesi latihan bersama pasukan pada minggu depan.

"Kecederaan saya dilihat semakin pulih dan benar bahawa sebelum ini saya memerlukan rehat selama enam minggu.

"Selepas mendapat pandangan daripada pakar perubatan, kecederaan saya hanya membabitkan tangan dan ia tidak memberikan banyak masalah kepada saya.

"Buat masa ini, saya dah mula melakukan senaman ringan dan saya tidak fikir ia akan menjadi satu masalah kelak (kepada kecederaan)," katanya.

Pahang akan beraksi bersama juara bertahan, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan dalam Kumpulan C.

Rencana Utama!»

Impian setiap kaki pancing

MAZNAH (tiga dari kanan) berjaya menangkap seekor ikan layaran seberat 60 kilogram pada hari kedua RPBIC 2014 di perairan Rompin.

Varia!»

Rekrut ahli melalui Facebook

AHLI-AHLI militan ada yang direkrut melalui laman Facebook. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47