TERKINI

Rambo Bentong didakwa bunuh, rogol remaja 17 tahun

Rambo Bentong didakwa bunuh, rogol remaja 17 tahun

30/07/2013 12:11pm

TEMERLOH - Rambo Bentong yang sedang menjalani hukuman penjara berjumlah 133 tahun selain 50 sebatan atas kesalahan rogol, seks luar

tabii serta cubaan membunuh anggota polis, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan pada 2009.

Tertuduh atau nama sebenarnya Rabidin Satir, 42, didakwa membunuh mangsa antara pukul 11.30 malam 7 Mac 2009 hingga 1.50 tengah hari 8 Mac 2009, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong.

Rabidin, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa melakukan

kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Tertuduh juga didakwa merogol mangsa sehingga menyebabkan kematiannya di tempat dan masa yang sama, mengikut Seksyen 376(4) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Rabidin mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Dusun oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah. - Bernama

Rencana Utama!»

Ketibaan jenazah noktah penantian

ANGGOTA tentera melakukan upacara raptai di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai persediaan menerima jenazah mangsa nahas pesawat MH17.

Pesona!»

Suasana rumah lebih nyaman

BELKA menawarkan sebanyak 60 pilihan warna lapisan kapas dinding.

Varia!»

Pencarian bintang Dugrostar

PROGRAM Dugrostar memberi peluang kepada kanak-kanak menjadi bintang menerusi rakaman seni persembahan.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15