SUKAN

Kejutan terbaharu Gay

Kejutan terbaharu Gay

LONDON - Bekas jaguh pecut dunia, melakukan satu lagi kejutan semalam.

Selepas mengaku positif dadah, pelari Amerika Syarikat itu mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Kejohanan Olahraga Dunia di Moscow, Rusia pada 10 hingga 18 Ogos depan.

Gay yang mencatat masa terpantas sebanyak tiga kali dalam acara 100 meter (m) tahun ini dijangka menjadi tumpuan pada kejohanan dunia itu bersama-sama dengan pencabar utamanya iaitu juara Olimpik dalam acara 100m serta 200m dari Jamaica, Usain Bolt.

Selain menarik diri daripada menyertai Diamond League di Monaco, keputusan Gay untuk tidak beraksi pada kejohanan dunia merupakan hari terburuk dalam acara tumpuan pada Sukan Olimpik itu.

Selain Gay, bekas pemegang rekod dunia dalam acara 100m, Asafa Powell dan pemenang pingat perak dalam acara 4x100 Olimpik, Sherone Simpson mengakui bahawa mereka positif dadah perangsang oxilophrine dalam satu kejohanan di Jamaica bulan lalu.

Oxilophrine sama seperti ephedrine meskipun struktur kimianya berbeza dan kedua-dua bahan itu berada dalam senarai larangan Agensi Anti-Dadah Dunia.

Powell, 30, yang berada pada prestasi terbaik baru-baru ini berkata, dia tidak sengaja mengambil atau memakan bahan-bahan terlarang itu.

"Saya tidak pernah mengambilnya sekarang, begitu juga pada masa lalu. Ia adalah satu penipuan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Simpson, 28, yang menamatkan saingan di tempat kedua dalam acara 100m pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China dan memenangi pingat emas dalam acara 4x100m di Athens, Greece 2004 turut menafikan bahawa dia mengetahui mengambil bahan terlarang itu.

"Ini adalah tempoh yang sangat sukar buat saya.

"Sebagai seorang atlet, saya tahu bahawa saya bertanggungjawab dengan apa yang saya lakukan. Saya tidak berniat untuk mengambil dadah terlarang untuk meningkatkan keupayaan saya," katanya.

Satu laporan sumber yang rapat dengan atlet Jamaica berkata, lima atlet terbasuk dua pemenang pingat Olimpik di dapati positif mengambil dadah terlarang pada kejohanan itu. - Reuters

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16