TERKINI

Raja Azmi selamat bertunang

Raja Azmi selamat bertunang

15/07/2013 8:31pm

HULU KLANG - Penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, telah selamat bertunang dengan Mohd. Eddie Ghazali, 45, dalam satu majlis yang berlangsung di sini malam ini.

Raja Azmi berkata, dia sebenarnya begitu teruja dan gemuruh sebelum majlis berlangsung, tetapi sangat bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

"Perasaan saya ketika ini pastinya cukup gembira dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, malah saya tidak sangka yang kini sudah menjadi tunangan orang.

"Sudah tentu saya merupakan insan yang cukup bertuah kerana tidak ramai yang berpeluang untuk bertunang buat kali kedua. Saya anggap ini merupakan anugerah Allah yang paling besar," ujarnya selepas acara berakhir.

Sementara itu, Eddie yang merupakan pemain bass kum pulan rock CRK yang popular sekitar 90-an berkata, dia turut gembira kerana telah bertemu dengan pasangan hidup setelah lima tahun menduda.

"Walaupun tempoh perkenalan kami agak singkat iaitu selama lima bulan sahaja, tetapi saya tidak kisah kerana hubungan percintaan itu pastinya akan menjadi lebih erat selepas kami berkahwin nanti," ujarnya.

Pasangan tersebut akan bertunang selama dua bulan sahaja dan kedua-duanya bakal mendirikan rumah tangga pada 15 September ini. - KOSMO!

Process time in ms: 31