TERKINI

Harga ayam di Perlis tidak menentu

Harga ayam di Perlis tidak menentu

14/07/2013 2:20pm

KANGAR - Harga ayam bersih di beberapa lokasi di Perlis didapati tidak menentu.

Misalnya, harga yang ditawarkan di Pasar Besar Kangar hari ini adalah RM8 sekilogram, lebih rendah berbanding harga ayam segar di Pasar Sehari Behor Lateh dan Pasar Tani Taman Sena yang dijual pada harga RM8.50 sekilogram.

Bagi ayam segar di Abi pula, peniaga meletakkan harga RM7.90 sekilogram manakala di Beseri ia berharga RM7.70 sekilogram.

Bagi peniaga, harga yang ditawarkan itu adalah yang terbaik untuk pelanggan kerana mereka mendapatkan bekalan borong pada harga tinggi sejak lebih seminggu lalu.

Sementara itu, tinjauan di beberapa bazar Ramadan sekitar Kangar sejak awal Ramadan, mendapati para peniaga mengekalkan harga seperti ayam masak merah dan ayam masak kicap pada harga RM3 seketul.

Bagi peniaga, Rogayah Salleh, 54, berkata walaupun harga ayam tidak menentu di pasaran, namun harga ayam masak yang ditawarkannya tidak berganjak.

"Jika peniaga makanan menaikkan harga hanya disebabkan harga ayam yang tidak menentu di pasaran, sudah pasti perniagaan mereka di bazar Ramadan tidak akan bertahan lama, katanya. - Bernama

Varia!»

Baju baharu pada 1 Syawal

JASLEEN dan Kirpal (berdiri belakang dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Julaina dan Bob Komando serta anak-anak mereka di Gulati's, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0