TERKINI

Statistik kematian akibat merokok perlu perhatian serius

Statistik kematian akibat merokok perlu perhatian serius

12/07/2013 4:32pm

KUALA LUMPUR - Statistik jumlah kematian hampir enam juta orang akibat merokok seperti didedahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

perlu dipandang serius oleh kerajaan.

Naib Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Dr. Othman Warijo berkata, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan perlu terus meningkatkan pelbagai usaha memberikan kesedaran bahaya merokok seawal usia muda.

"Walaupun di Malaysia masih belum mempunyai anggaran tepat akibat kematian disebabkan rokok, tetapi kini kita dapat melihat usia mula merokok di negara semakin rendah sejak akhir-akhir ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam, WHO mendedahkan angka kematian disebabkan penggunaan tembakau akan meningkat kepada lapan juta menjelang 2020 jika tiada tindakan serius diambil oleh semua negara.

Othman berkata, langkah segera perlu diambil kerana jika ramai yang mula

menghisap rokok pada usia muda, kesan ketagihannya akan berpanjangan dan sukar untuk diubati apabila umur meningkat. - Bernama

Rencana Utama!»

Institusi keramat ubah masa depan bumiputera

MENARA SULTAN ABDUL AZIZ SHAH merupakan antara salah satu bangunan terawal dalam sejarah penubuhan UiTM.

Varia!»

Laman Florikultur tarikan MAHA 2016

Nancy (tengah) dan Ahmad Zakaria (tiga dari kanan) bergambar kenangan di Kampung Durian Runtuh, MAEPS, Selangor baru-baru ini.

[email protected]!

Process time in ms: 47