NEGARA

PDRM laksana kursus juruterbang

PDRM laksana kursus juruterbang


KHALID (kanan) beramah mesra dengan penerima sayap juruterbang pada majlis Pemakaian Sayap Juruterbang dan Pemerhati Udara Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia di Ipoh semalam.


IPOH - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang melaksanakan kursus lesen juruterbang komersial untuk juruterbang helikopter Pasukan Gerakan Udaranya pada masa hadapan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seramai tujuh juruterbang helikopter telah berjaya menamatkan kursus penerbangan yang julung-julung kali dikendalikan oleh PDRM baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum ini kursus lesen juruterbang komersial bagi kelayakan mengendali helikopter dalam kalangan pegawai PDRM dilakukan di Australia.

"Kita sudah ada kemampuan dan lebih menjimatkan. Sebelum ini kita hantar anggota kita jalani kursus itu di luar negara yang menelan kos yang tinggi.

"Walaupun kebenaran yang diberikan Jabatan Penerbangan Awam untuk PDRM mengendalikan kursus penerbangan pada kali ini dibuat secara one-off (sekali sahaja) tetapi kita akan mohon untuk terus melatih juruterbang helikopter kita pada masa hadapan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Varia!»

Logo kuih baulu Politeknik Metro

PARA pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Katering, Politeknik Metro Kuala Lumpur menggunakan sistem giliran bertugas bagi menyiapkan kuih baulu.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15