TERKINI

Polis rampas pistol buatan sendiri, sebutir peluru di premis kereta sewa

Polis rampas pistol buatan sendiri, sebutir peluru di premis kereta sewa

04/07/2013 10:51pm

ALOR SETAR - Polis merampas sepucuk pistol buatan sendiri dan sebutir peluru ’penabur’ daripada seorang lelaki berusia 21 tahun di sebuah premis kereta sewa di Jalan Datuk Kumbar Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd. Jan berkata, dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, polis menerima panggilan daripada seorang pekerja yang terjumpa sarung pistol dalam kereta jenis Proton Satria Neo yang disewa suspek.

Beliau berkata pekerja itu bertindak menahan suspek yang berasal dari Kuala Kedah itu kerana enggan membayar sewa kereta sebelum polis tiba bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

"Hasil pemeriksaan lanjut, kita jumpa sepucuk pistol buatan sendiri jenis 'pistol kerbau' yang diselit pada pinggang suspek,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini.

Adzaman berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada suspek terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah atau jenayah lain dan lelaki yang bekerja sebagai pesawah itu ditahan reman mulai semalam hingga 10 Julai ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) akta sama. - Bernama

Rencana Utama!»

Menyuburkan jiwa patriotik

SEBAHAGIAN daripada buku-buku mengenai ketenteraan milik Mohd. Ridhuan yang kerap diulang baca pada masa lapang.

Varia!»

Hubungan erat media, Tentera Darat

PETUGAS media cetak dan elektronik dapat melihat sendiri kemahiran anggota Tentera Darat semasa beroperasi di medan.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16