RENCANA UTAMA

Filem ganas, sekstak laku di Peshawar

Filem ganas, sekstak laku di Peshawar


TIGA orang pekerja panggung wayang duduk di hadapan poster sebuah filem yang tidak mendapat sambutan.


DALAM keadaan panas, seorang operator tayangan tidur dengan menutup mukanya menggunakan sehelai kain.

Seorang rakannya pula sedang menggulung skrin secara manual manakala pada skrin terpampang aksi seorang wanita menghisap ganja sambil menyanyi di atas katil.

Wanita warga emas itu mabuk sambil melayan seorang pelanggan. Kedua-dua individu itu yang berpakaian lengkap kelihatan sedang bernyanyi 'hello, hello, hello'.

Selamat datang ke panggung wayang Pashto atau lebih dikenali sebagai Pollywood yang pernah mempunyai pawagam di bandar Peshawar, Pakistan. Kini, panggung wayang itu terhad kepada segelintir pengusaha filem yang tidak pernah diserang oleh pengganas.

Taliban mengharamkan operasi panggung wayang dan muzik sejak memerintah Afghanistan selain mewajibkan semua wanita Islam memakai burka.

Kumpulan Taliban di Pakistan tidak membenarkan adegan seks atau bercium dalam filem namun, kesemua peraturan itu dilanggar.

Beberapa pengusaha pawagam tidak mempedulikan arahan berkenaan sekali gus kawasan tersebut terdedah kepada risiko serangan bom.

Keadaan itu mencetuskan kebencian orang ramai terhadap Taliban hingga menyebabkan industri perfileman di Pakistan semakin muram.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, filem-filem Bollywood di India semakin berkembang.

"Filem-filem tersebut semakin popular dalam keluarga Pashtun yang sebahagian besarnya merupakan kaum Khyber Pakhtunkhwa.

"Orang ramai suka mendengar lagu tetapi mereka bukan penyanyi," kata seorang penduduk di Peshawar, Pakistan.

Hari ini, kebanyakan pembikinan filem dijalankan di Lahore yang menerapkan ciri-ciri kasih sayang dan keberanian berteraskan identiti penduduk Pashtun di situ.

Aksi-aksi pelakon dalam kalangan pertengahan umur, memegang watak wira bersenjata bermisai panjang dan kebanyakannya akan bernyanyi di kawasan bukit-bukit sekitar barat laut Pakistan.

Begitupun, sebahagian penonton menyifatkan pembikin filem memuatkan adegan ganas dalam filem seolah-olah terdesak untuk mengisi filem di pawagam.

Pembikin filem dilihat memaparkan keperwiraan lelaki Pashtun melalui penggunaan pedang, pisau dan pertumpahan darah.


SEORANG pekerja melakukan kerja-kerja pemeriksaan negatif filem di bawah cahaya lampu.


Alat pemadam api

Pawagam Arshad, Peshawar kelihatan suram dan gelap, sebahagian dinding runtuh dan wayar-wayar keluar dari siling.

Bertentangan dengan panggung wayang itu, terdapat sebuah pusat perubatan baharu. Bangunan lapan tingkat itu juga musnah kerana terkena tempias serangan bom di pawagam berkenaan.

Kelihatan projektor lama yang mengeluarkan bunyi bising, satu tin minyak dan tiga alat pemadam api.

"Orang ramai gemar menonton filem Pashto kerana ia berkisar kisah-kisah mengenai masyarakat, namun apabila terdapat berita mengenai lima pengebom berani mati di Peshawar, mereka tidak datang ke pawagam," kata pengurus pawagam itu, Khalid Khan sambil memberitahu mereka mengalami kerugian yang besar.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi punca kerugian apabila ia dikaitkan dengan kisah-kisah dalam filem yang berulang, ganas dan adegan seks.

"Tayangan filem di pawagam berdasarkan cerita dan isu-isu sebenar, tetapi wujud masalah apabila pengunjung menganggap mengunjungi pawagam sebagai satu perkara yang memalukan atau tidak baik disebabkan terdapat aksi-aksi seks," kata seorang lagi pengurus pawagam, Safdar Khan, 70.

Penulis skrip, Nazir Bhati percaya filem Pashto tidak mendapat sambutan kerana jalan ceritanya yang membosankan.

"Saya berhenti kerja apabila pengarah meminta memasukkan elemen ganas dalam filem," katanya kepada pemberita.

Peshawar merupakan ibu negeri Khyber Pakhtunkhwa yang mempunyai seni bina bangunan menarik namun kini, bandar itu kelihatan sesak dan berhadapan dengan peperangan. - Reuters

Infiniti!»

Perabot daripada kayu pain terpakai

KAYU pain disimpan rapi di dalam bengkel untuk mengekalkan ketahanannya sekali gus tidak mudah rosak.

Varia!»

Melahirkan jutawan bidang penternakan

SITI FATONAH (dua dari kanan) bersama Mohamad Jamil (dua dari kiri) di hadapan Akedemi Usahawan MJ Fatonah di Bestari Jaya, Kuala Selangor, Selangor.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31