TERKINI

Kadar semasa penembusan jalur lebar nasional 66.7 peratus

Kadar semasa penembusan jalur lebar nasional 66.7 peratus

02/07/2013 2:48pm

KUALA LUMPUR - Kadar semasa penembusan jalur lebar nasional kini pada tahap 66.7 peratus, meningkat dengan ketara berbanding 21.8 peratus pada 2008, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, bagi kadar penembusan jalur lebar mengikut negeri, Kuala Lumpur merupakan negeri yang mempunyai kadar penembusan tertinggi iaitu 107.5 peratus.

"Negeri Sembilan mencatat kadar purata penembusan 74.4 peratus, selepas Kuala Lumpur, Putrajaya (80.9 peratus), Pulau Pinang (97.7 peratus) dan Selangor (76.9 peratus)," katanya ketika menjawab soalan Zainudin Ismail (BN-Jelebu) yang bertanya mengenai tahap jalur lebar nasional dan pencapaian mengikut negeri.

Jailani berkata, peningkatan kadar itu adalah hasil kawal selia industri yang

efektif serta pelaksanaan pelbagai program yang berkaitan oleh kementerian dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Antaranya melalui pelaksanaan Projek Kampung Tanpa Wayar, Pusat Internet 1Malaysia, pembinaan menara telekomunikasi serta melalui pengagihan netbook 1Malaysia kepada masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar. - Bernama

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 47