SUKAN

Gay catat masa 9.75s

Gay catat masa 9.75s


GAY (tengah) mencatat masa 9.75 saat untuk memenangi acara 100m pada Kejohanan Olahraga Amerika Syarikat (AS) kelmarin.


DES MOINES, Iowa - Tyson Gay mencatat masa 9.75 saat untuk memenangi acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Kejayaan itu meletakkan Gay selaku pelari pecut No. 1 AS, sekali gus menjadi pencabar utama Usain Bolt dari Jamaica pada Kejohanan Olahraga Dunia 2013 di di Moscow, Rusia pada 10 hingga 18 Ogos depan.

Gay, 30, yang ketinggalan di awal larian, melonjak ke depan pada pertengahan perlumbaan untuk mencatat masa terpantas tahun ini.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2004, Justin Gatlin yang menewaskan juara Olimpik sebanyak enam kali, Bolt di Rom bulan lalu, tidak mampu untuk mencabar Gay ketika perlumbaan menuju ke garisan penamat.

Berlari dalam situasi berhati-hati ekoran kekejangan otot kaki kanannya, Gatlin menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 9.89s.

Charles Silmon yang mengisi slot ketiga ke Kejohanan Olahraga Dunia tidak ketinggalan jauh apabila menamatkan larian di tempat ketiga dengan catatan masa 9.98sec manakala Michael Rodgers di kedudukan keempat (9.974s).

Trio itu akan menggalas cabaran AS untuk mencabar Bolt dan beberapa pelari pecut Jamaica yang lain pada Kejohanan Olahraga Dunia 2013.

Gay memberikan amaran awal pada aksi separuh akhir Jumaat lalu apabila mencatat masa 9.75s dan dia membuktikan bahawa kejayaan itu bukan hasil bantuan angin.

"Saya tidak fikir ia adalah satu kenyataan.

"Saya mahu berlari dengan pantas kerana saya memperoleh semangat selepas melihat pelari wanita berlari. Selepas itu, saya melihat tiupan angin. Keadaan sangat sempurna. Saya perlu menggunakan kelebihan itu," kata Gay yang bergelut dengan masalah kecederaan selepas memenangi tiga pingat emas pada Kejohanan Olahraga Dunia 2007.

Gay berjaya memperbaiki catatan peribadi terbaik yang dilakukan pada 2013 iaitu 9.86s berkata, masih banyak yang perlu dia perbaiki.

Bagaimanapun, katanya, dia perlu berehat sebelum membuat keputusan untuk menyertai acara 200m. - AFP

Rencana Utama!»

Dreadnoughtus terbesar di dunia

PELAJAR Universiti Drexel, Alison Moyer teruja dengan penemuan fosil Dreadnoughtus di Argentina pada 4 September lalu.

Varia!»

Sinar baharu kanak-kanak Myanmar

DARI kiri, Mohd. Azhari, Myint Lwin dan Tengku Zafrul bergambar pada majlis penyerahan tajaan oleh CIMB Bank dan IJN di Hospital Kanak-kanak Yankin, Myanmar.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15