TERKINI

Jerebu sekitar kawasan PD

Jerebu sekitar kawasan PD

16/06/2013 5:07pm

SEREMBAN - Beberapa kawasan di sekitar Port Dickson dilanda jerebu sejak beberapa hari lalu dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat sekitar 110 hingga 117 hari ini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Chanparal Singh Karpal Singh berkata, jerebu yang melanda dikawasan berkenaan adalah disebabkan pembakaran terbuka di Sumatera selain musim kemarau di beberapa buah tempat di negara Indonesia ujarnya.

"Kawasan lain seperti di bandar ini dan Nilai dekat sini masih mencatatkan kualiti udara sederhana dengan catatan IPU 78 hingga 96 sehingga pukul 11 pagi tadi.

"Kita telah dimaklumkan mengenai keadaan ini dan pihak kami sedang memantau keadaan di sana,'' katanya di sini hari ini. - KOSMO!

Rencana Utama!»

Kerok 200 helai daun nanas sehari

Benang daun nanas tahan lama dan sedikit kasar berbanding benang lain di pasaran.

Stailo!»

Ciptaan semula 10 gaya terbaik satu abad

SEBANYAK 10 gaya solekan sentuhan jurusolek profesional Stevesunny dipersembahkan di pentas peragaan di pusat beli-belah Mid Valley.

Varia!»

Corak unik daun Caladium Aaron

Letakkan bekas tanaman di tempat teduh serta sejuk seperti di bilik mandi bagi menyediakan persekitaran yang sesuai untuk mempercepatkan pertumbuhan akar anak pokok yang baharu.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31