TERKINI

Catat IPU 123, jerebu di Melaka paling teruk

Catat IPU 123, jerebu di Melaka paling teruk

16/06/2013 3:14pm

MELAKA - Akibat pembakaran hutan yang terjadi di Sumatera Tengah, Indonesia, negeri ini merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) paling tinggi iaitu dengan bacaan 123 berikutan jerebu yang melanda negara semalam.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Abd. Hafiz Abd. Samad berkata, bacaan yang dicatatkan setakat pukul 11 pagi itu telah dikategorikan sebagai tidak sihat kerana telah melepasi bacaan IPU 100.

Menurutnya, catatan bacaan IPU 123 itu merupakan yang paling teruk berbanding bandar-bandar lain di negara ini yang bersempadan seperti Muar, Johor dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

''Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri mendapati bahawa punca jerebu ini adalah disebabkan pembakaran terbuka yang berlaku di kawasan punca dan lebih 100 hotspot berjaya direkodkan di kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui di hotel Casa del Rio di sini hari ini. - KOSMO!

Rencana Utama!»

Berbasikal bawa misi keamanan sejagat

Ahmad (kiri) dan Noradilah membuat persediaan selama lapan bulan sebelum memulakan ekspedisi.

Stailo!»

Kongsi teknik solekan di media sosial

TEKNIK solekan yang diajar Shafiqah akan dimuat naik ke laman YouTube.

Varia!»

Usaha pulihara Sungai Kinabatangan

Kertijah (kiri) menanam anak pokok di kawasan hutan Sungai Kinabatangan.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31