TERKINI

Muar catat IPU tidak sihat

Muar catat IPU tidak sihat

15/06/2013 5:30pm

MUAR - Daerah ini merupakan satu-satunya kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di seluruh negara sehingga pukul 11 pagi ini dengan bacaan 127.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laman webnya hari ini memberitahu, selain Muar daerah kedua mencatat IPU tertinggi di negeri ini ialah Pasir Gudang (103), diikuti Kota Tinggi (95) dan Larkin Lama (92) bagi tempoh yang sama.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Keadaan berjerebu dan bau asap ini difahamkan berpunca daripada kebakaran yang berlaku di Sumatera.

Selain Malaysia, jerebu turut menyelimuti ruang udara Singapura. - KOSMO!

Rencana Utama!»

Pesawat TUDM pertama jaga kedaulatan negara

Majlis penyerahan pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer kepada kerajaan Malaysia yang diadakan di Preswitch Port, Scotland pada tahun 1958.

Horizon!»

40 pilihan trak makanan

SEORANG lelaki berjalan melepasi papan tanda TAPAK di hadapan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Varia!»

Erti merdeka dalam era teknologi

GENERASI muda pada hari ini lebih gemar mengekspresikan semangat patriotisme mereka melalui alam maya dan media sosial. Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32