DUNIA

Agen CIA dedah rahsia AS dilarang masuk UK

Agen CIA dedah rahsia AS dilarang masuk UK

BANGKOK - Kerajaan Britain semalam telah mengeluarkan notis kepada semua syarikat penerbangan di seluruh dunia yang menggesa mereka supaya tidak membenarkan bekas agen Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden (gambar) menaiki pesawat menuju ke United Kingdom (UK).

Notis dengan kepala surat Pejabat Dalam Negeri itu menyatakan semua syarikat penerbangan patut menghalang Snowden daripada menaiki pesawat mereka kerana dia hampir pasti tidak dibenarkan memasuki UK.

Diplomat Britain di sini mengesahkan bahawa surat itu asli. Beliau turut menyatakan bahawa mana-mana penerbangan yang membawa Snowden boleh didenda sebanyak AS$3,125 (RM9,735).

Tindakan menghalang Snowden daripada masuk ke UK dikatakan adalah untuk 'kebaikan orang awam'.

Snowden, 29, pada Ahad lalu membocorkan program intipan rahsia pemerintah AS iaitu PRISM yang berfungsi untuk menghimpun berjuta-juta rakaman perbualan telefon dan mengawasi aktiviti orang ramai di internet.

Jelas Snowden, kesedaran bahawa PRISM telah menyalahi prinsip kebebasan dan hak peribadi rakyat AS telah mendorongnya untuk membocorkan program rahsia tersebut.

Snowden kini melarikan diri ke Hong Kong. Dia juga menegaskan bahawa dia akan menentang sebarang percubaan AS untuk mengekstradisinya. - Agensi

Rencana Utama!»

Tingkatkan pendapatan penternak

PROGRAM Pembangunan Tenusu di Vietnam bertujuan untuk mengoptimumkan keuntungan.

Pemotoran!»

HLYM kukuhkan saingan motosikal kuasa tinggi

CH Ng (tengah) bersama dua pelumba pasukan Yamaha MotoGP turut menyertai majlis pelancaran model MT-07 di Sepang, Selangor baru-baru ini.

Horizon!»

Percutian santai di bumi Perlis

PARA pengunjung boleh merasai pengalaman memberi makanan kepada burung unta di Taman Agro-Lancong.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31