KOMUNITI KITA

Golf MARPA 2013 jadi pengikat silaturahim

Golf MARPA 2013 jadi pengikat silaturahim

MAXIMUS (barisan depan, enam dari kiri) bersama barisan peserta Perlawanan Golf MARPA 2013 di Kajang, Selangor baru-baru ini.


ERAT. Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA) telah menganjurkan Perlawanan Golf Persahabatan MARPA 2013 bagi mengeratkan hubungan antara pengamal teknologi sinaran di negara ini di Impian Golf & Country Club, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia merangkap Presiden MARPA, Datuk Dr. Muhammad Lebai Juri berkata, hubungan baik itu diharap dapat meningkatkan usaha memberikan kesedaran dan memupuk budaya mengutamakan keselamatan dalam kalangan pengamal teknologi sinaran dan orang awam.

"Perlawanan tersebut diadakan buat julung-julung kali dengan menarik penyertaan kira-kira 80 orang terdiri daripada ahli-ahli MARPA dan orang awam," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili.

Stailo!»

Menoleh gaya langsing era 1970-an

Salikin lebih serasi dengan potongan baju Melayu tanpa pesak yang dimodenkan menerusi pemilihan jenis fabrik dan cetakan.

Varia!»

Sedia terima pelajar dari negara konflik

PELAJAR KUIPs sehingga kini berjumlah 180 orang yang mengikuti pengajian dalam pelbagai pengajian.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31