TERKINI

Terengganu ketepi tiga acara pada Sukma Kuala Lumpur

Terengganu ketepi tiga acara pada Sukma Kuala Lumpur

10/06/2013 5:43pm

KUALA TERENGGANU - Terengganu terpaksa mengetepikan tiga acara pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di Kuala Lumpur yang bermula dari 28 Jun hingga 7 Julai depan berikutan kekurangan atlet.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Rozi Mamat berkata, tiga acara itu adalah polo air, renang berirama serta bola keranjang.

Beliau juga berkata, acara itu masih di peringkat pembangunan di negeri ini sejak projek sukan berkenaan dimulakan tahun lepas di negeri ini menerusi bimbingan jurulatih dari China.

"Bagi saya masih terlalu awal untuk kita menyertai acara sukan itu dan kita memberi tumpuan yang khusus kepada 17 lagi acara yang dipertanding.

"Persiapan rapi untuk menyertai kejohanan itu sedang giat dijalankan dan kini atlet giat menjalani latihan terakhir, dan majlis penyerahan bendera kontinjen Terengganu dijadual akan diserahkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada 19 Jun ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah Sukan Bomba Malaysia (Sukbom) 2013 di Stadium Negeri semalam. - Bernama

Rencana Utama!»

Gaya tulisan serlahkan personaliti

Setiap orang mempunyai gaya tulisan berbeza-beza meskipun mereka adalah adik-beradik kembar.

Stailo!»

Aksesori pelengkap sisi maskulin

Obsesi pada koleksi kasut adalah normal bagi lelaki kerana ia merupakan pelengkap gaya mereka.

Varia!»

Perhimpunan anak seni di Festival Rantai Art

Simbolasi rantai bagi festival ini telah menggabungkan pelbagai karya dengan kehadiran 60 pengusaha kraf seni termasuk penjualan lukisan pensil dan cat simbah.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31