TERKINI

Semakan kemasukan Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA mulau Jumaat ini

Semakan kemasukan Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA mulau Jumaat ini

22/05/2013 8:31pm

KUALA LUMPUR - Keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METRo, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi sesi pengambilan 2013 boleh disemak mulai Jumaat ini.

Menurut Jabatan Pengajian Tinggi, semakan itu boleh dibuat melalui hotline 03-88706767, helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766, Laman Web Rasmi Politeknik Konvensional/METRo, Kolej Komuniti dan ILKA iaitu http://upu.mohe.gov.my dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU POLIILKA (No kad pengenalan) dan SMS ke 16888.

Tarikh pendaftaran pelajar baru ke Politeknik Konvensional/METRo, Kolej Komuniti dan ILKA adalah pada 16 Jun hingga 8 Julai kecuali pendaftaran pelajar baru Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) ialah pada 28 Ogos, kata jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

Oleh itu, calon dikehendaki menyemak maklumat tawaran, mencetak surat tawaran dan membuat pengesahan tawaran melalui laman web rasmi itu mulai 27 Mei.

Bagi pemohon yang tidak berjaya, mereka boleh membuat rayuan mulai 27 Mei dan dibuka untuk tempoh 14 hari bekerja dan hendak dibuat terus ke Politeknik Konvensional/METRo, Kolej Komuniti dan ILKA yang berkaitan. Keputusan rayuan akan dimaklumkan melalui laman web yang sama.

Jabatan itu juga menekankan bahawa dasar pemilihan kes rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku mengikut kursus dan Institusi Politeknik Konvensional/ METRo, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftaran pelajar baru.

Calon boleh mengemukakan sebarang kemusykilan melalui kemudahan 'hotline' dan 'helpline' yang disediakan untuk membantu mereka. - Bernama

Rencana Utama!»

Impian setiap kaki pancing

MAZNAH (tiga dari kanan) berjaya menangkap seekor ikan layaran seberat 60 kilogram pada hari kedua RPBIC 2014 di perairan Rompin.

Varia!»

Rekrut ahli melalui Facebook

AHLI-AHLI militan ada yang direkrut melalui laman Facebook. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0