VARIA

Coffee Bean menghargai pelanggan

Coffee Bean menghargai pelanggan


SEBANYAK 50 francais Coffee Bean & Tea Leaf beroperasi di Malaysia.


DIASASKAN di California, Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1963, kafe yang menawarkan minuman berasaskan kopi dan teh, The Coffee Bean & Tea Leaf tahun ini menyambut ulang tahun ke-50 mereka.

Sepanjang tempoh 50 tahun, The Coffee Bean & Tea Leaf berjaya membuka hampir 900 francais di 25 buah negara dengan 50 daripadanya terletak di Malaysia.

Bagi menghargai pelanggan setia mereka, The Coffee Bean & Tea Leaf memulakan siri promosi istimewa mereka di negara ini bermula bulan April lalu sehingga Jun depan.

Promosi Rumah Terbuka yang diadakan pada hari Isnin terakhir dalam setiap bulan itu memberi kelebihan kepada pelanggan menikmati ice blended mocha atau vanila pada potongan harga 50 peratus.

Keistimewaan itu dapat diperoleh pelanggan pada 29 April, 27 Mei dan 24 Jun bermula pukul 2 petang sehingga 6 petang.

Ice blended dua perisa itu dipilih atas sebab pengaruh besar yang dibawa minuman tersebut dalam meningkatkan populariti The Coffee Bean & Tea Leaf dan kekal menjadi minuman signatur mereka.

Selain teh cappuccino yang baru diperkenalkan, anda juga boleh menikmati keenakan pasta dan pencuci mulut baharu. Pasta pesto farfalle mula ditawarkan sejak 22 April lepas.

Variasi pencuci mulut terkini pula terdiri daripada kek keju brownie dan pai ceri hitam. Kerangupan walnut bersama adunan keju dan brownie coklat menyempurnakan keenakan sepotong kek keju brownie.

Ceri hitam manis yang dibakar bersama krim kacang hazel dan aprikot pula menghasilkan sepotong pai ceri hitam yang lazat.

Anda juga boleh mendapatkan cenderamata unik sempena ulang tahun ke-50 The Coffee Bean & Tea Leaf. Sebanyak 50 peratus daripada jualan barangan terpilih tersebut akan disalurkan kepada Tabung Caring Cup.

Untuk mengetahui lebih banyak promosi istimewa dan menyertai peraduan menarik, layari laman rasmi Facebook The Coffee Bean & Tea Lea di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage.

Process time in ms: 47