TERKINI

Polis tahan 13 warga Afghanistan cuba seludup keluar dari Malaysia

Polis tahan 13 warga Afghanistan cuba seludup keluar dari Malaysia

16/05/2013 11:46pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan 13 warga Afghanistan dalam serbuan penyeludupan migran di kawasan belukar berhampiran Restoran Makanan Laut Asam Batu Jalan Klang, Port Dickson dekat sini semalam.

Menurut sumber Bukit Aman, ketika ditahan, warga Afghanistan itu, yang terdiri daripada 10 lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan, sedang bersembunyi di kawasan berkenaan untuk menyeludup keluar dari Malaysia menggunakan jalan laut.

Turut dirampas lapan keping kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), satu pasport dan lapan telefon bimbit.

"Makluman tangkapan warganegara tersebut telah dimaklumkan kepada Interpol Afghanistan dan Kedutaan Afghanistan, katanya.

Mereka kini ditahan reman sehingga 22 Mei ini dan kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyedudupan Migran 2007. - Bernama

Pemotoran!»

Revolusi SUV Infiniti

QX80 telah diperkenalkan bagi membezakan ia dengan model SUV Infiniti yang lain.

Varia!»

Sesi muzik bantu juruterbang aerobatik

Antara aksi menarik pesawat Rafale ketika membuat persembahan pada LIMA 15 baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31