TERKINI

Perhimpunan Anwar di Ipoh Ahad ini haram

Perhimpunan Anwar di Ipoh Ahad ini haram

10/05/2013 5:35pm

IPOH - Polis Perak memberi amaran kepada mana-mana orang ramai supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan haram anjuran parti pembangkang di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, sehingga kini polis khususnya Ketua Polis Daerah (KPD) pihak tidak menerima sebarang permohonan daripada penganjur termasuk perhimpunan membabitkan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Medan Istana di sini pada Ahad ini.

"Jika sehingga kini KPD Ipoh tidak terima permohonan dan kita klasifikasi perhimpunan tersebut sebagai haram," katanya.

Katanya, semua parti politik diingatkan supaya mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 dan tidak sewenang-wenangnya menyeru orang awam menyertai perhimpunan anjuran mereka yang tidak mendapat permit.

"Peruntukan dalam akta berkenaan sangat jelas, mereka mesti memohon kepada Ketua Polis Daerah (KPD) 10 hari sebelum perhimpunan berlangsung.

"Jika diteruskan juga, ia dianggap sebagai sebagai perhimpunan haram dan penganjur boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 9(5) AKta Perhimpunan Awam 2012 yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini. - KOSMO!

Rencana Utama!»

Tunai umrah guna jalan darat

PESERTA Ekspedisi Kembara Bumi Suci 2014 berpeluang bertemu dengan kumpulan motosikal berkuasa tinggi Madinah Riders dan Madinah Gold Riders sewaktu berada di Masjid Nabawi, Madinah.

Pemotoran!»

Sehangat aksi di litar lumba

PORSCHE 911 GT3 mengambil masa kurang daripada empat saat bagi mencapai kelajuan 100km/j.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0