TERKINI

Khaled bakal angkat sumpah sebagai MB Johor minggu depan

Khaled bakal angkat sumpah sebagai MB Johor minggu depan

08/05/2013 4:50pm

JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas Jaya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hampir pasti dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu selepas mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi sebentar tadi.

Kereta Mohamed Khaled dilihat memasuki perkarangan istana pada pukul 2.50 petang dan keluar sejam kemudian.

Beliau ketika ditemui pemberita berkata, dia dipanggil mengadap bagi menentukan tarikh angkat sumpah selain untuk menentukan nama-nama exco negeri.

“Di Johor, kita lain sedikit kerana majlis angkat sumpah Menteri Besar diadakan sekali dengan majlis angkat sumpah exco negeri. Majlis dijangka diadakan minggu hadapan,” katanya. - KOSMO!

Rencana Utama!»

Persiapan warga emas hadapi banjir

PAK LEH yang tinggal di Kampung Pasar Lama, Pasir Tumboh, Kampung Pasar Lama, Kota Bharu, Kelantan menunjukkan jarak sungai dengan rumahnya yang terlalu hampir.

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16