TERKINI

TLDM akan saman pihak yang politikkan isu Scorpene

TLDM akan saman pihak yang politikkan isu Scorpene

29/04/2013 1:06pm

LUMUT - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus memfitnah dan mempolitik isu kapal selam Scorpene, terutama ketika berkempen.

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, pihaknya mendapat maklumat ada beberapa calon pilihan raya yang berterusan mempertikai pembelian kapal selam terbabit selain mendakwa aset berkenaan tidak berfungsi.

“Saya dengar banyak cerita dan saya sedang mengumpul bukti... saya cabar mereka untuk menzahirkan kenyataan itu secara bertulis jika mereka berani.

"Kemudian bersedialah untuk berhadapan dengan saman fitnah... kita sudah berlembut sangat dengan mereka sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan warga TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua inventori, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak itu berada dalam keadaan terbaik malah telah menyelam ke dalaman maksimum dan penembakan di dalam air yang menepati sasaran sejauh 55 kilometer. - Bernama

Infiniti!»

Perabot daripada kayu pain terpakai

KAYU pain disimpan rapi di dalam bengkel untuk mengekalkan ketahanannya sekali gus tidak mudah rosak.

Varia!»

Melahirkan jutawan bidang penternakan

SITI FATONAH (dua dari kanan) bersama Mohamad Jamil (dua dari kiri) di hadapan Akedemi Usahawan MJ Fatonah di Bestari Jaya, Kuala Selangor, Selangor.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31