TERKINI

Kampus UniKL di ladang nanas PPNJ

Kampus UniKL di ladang nanas PPNJ

24/04/2013 5:20pm

MUAR - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan menjadikan sebahagian daripada kawasan ladang nanas milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) sebagai tapak kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tidak lama lagi.

Pengerusi Nafas, Datuk Saipolbahri Shuib berkata, pada awalnya, kampus universiti tersebut dicadang akan dibangunkan di Langkawi, tetapi atas faktor tertentu ia dipindahkan ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning di sini.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) mengumumkan cadangan tersebut pada majlis ramah mesra PPNJ dengan ahli-ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Parlimen Bakri di Kompleks Penghulu Air Hitam,BBatu 18, di sini hari ini.

Hadir sama dan menyampaikan bantuan peralatan pertanian ialah Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia, Datuk Zainal Dahlan.

Saipolbahri yakin, kehadiran kampus UniKL itu akan memberi banyak manfaat kepada penduduk setempat termasuk menyumbang kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan berkenaan. - KOSMO!

Process time in ms: 16