TERKINI

H7N9 di China merebak ke wilayah baharu

H7N9 di China merebak ke wilayah baharu

24/04/2013 4:16am

SHANGHAI - China semalam melaporkan seorang lagi mangsa maut akibat jangkitan virus selesema burung H7N9 di Shandong dan kematian terbaharu itu mengesahkan varian terbaharu virus berkenaan mula merebak ke wilayah baharu.

Kematian terbaharu itu kini menjadikan angka korban terkini yang dilapor meningkat kepada 22.

Sejak mula dikesan pada 31 Mac lalu, kebanyakan kes yang dikesan hanya berlaku di Shanghai, Jiangsu, Zhejiang, Anhui dan henan.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan China dalam laman webnya, mangsa terbaharu H7N9 itu merupakan seorang lelaki berusia 36 tahun di Bandaraya Zaozhuang.

Selain mangsa, tiga lagi kes jangkitan dikesan menjadikan angka jangkitan yang disahkan meningkat kepada 108. - AFP

Pemotoran!»

Ranggi BMW S1000RR 2015

SISTEM ABS yang disediakan pada jentera ini melindungi penunggang ketika membrek dengan keras atas permukaan basah dan licin terutamanya di selekoh.

Varia!»

Kucing sahabat setia kanak-kanak

Kanak-kanak yang membesar bersama kucing lebih bersikap penyayang. Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31