DUNIA

Kampung miliki lebih 100 pasangan kembar

Kampung miliki lebih 100 pasangan kembar

NEW DELHI - Sebuah perkampungan terpencil di utara India menggemparkan pakar-pakar kesihatan kerana memiliki lebih daripada 100 pasangan kembar, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Fenomena itu berlaku di sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Mohammedpur Umari yang terletak dalam wilayah Uttar Pradesh.

Kampung tersebut dihuni oleh 6,000 penduduk. Lokasi itu tiada jalan raya yang sempurna, sekolah atau pun hospital.

Namun, perkara luar biasa berlaku apabila terdapat lebih daripada 100 pasangan kembar di kampung tersebut sejak 50 tahun lalu.

Menurut beberapa penduduk di perkampungan Dhumanganj yang terletak berhampiran Mohammedpur Umari, bilangan kembar itu mungkin mencecah 200 pasangan jika terdapat sebuah hospital di lokasi tersebut.

Lebih daripada 90 anak kembar yang dilahirkan dilaporkan meninggal dunia sejak kebelakangan ini kerana kesukaran mendapatkan rawatan perubatan.

"Bayangkan betapa indahnya jika semua anak kembar yang dilahirkan menetap di kampung ini," kata seorang penduduk kampung Mohammedpur Umari, Mohammed Asif.

Perkampungan itu mempunyai 80 peratus penduduk beragama Islam dengan 20 peratus lagi penganut Hindu. Namun fenomena kelahiran kembar itu berlaku dalam kedua-dua komuniti tersebut. - Agensi

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 47