TERKINI

Gangguan bekalan air tidak berjadual di sekitar Ampang

Gangguan bekalan air tidak berjadual di sekitar Ampang

22/04/2013 10:33pm

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan sekitar Ampang hari ini mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah berikutan berlakunya masalah henti tugas pam di rumah pam Wangsa Maju.

Penolong Pengurus Besar Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, kejadian jam 12.30 malam tadi melibatkan gangguan di pam nombor empat dan lima.

"Ekoran daripada kejadian ini, hanya tiga buah pam yang berfungsi sekaligus mengurangkan kadar pengepaman air untuk diagihkan di sekitar Gombak,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Syabas juga akan memantau keadaan ini secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa, katanya.

Dianggarkan sejumlah 3,500 akaun pengguna di sebahagian Ampang terjejas termasuk di Desa Lembah Permai, Taman Dagang Jaya, Kampung Tasek Permai, Kampung Tasek Tambahan, Taman Bukit Ampang Permai, Kampung Ampang Campuran, Kampung Ampang Indah dan Taman Halaman Indah.

Berikutan itu, pengguna disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh pembaikan pam. Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252. - BERNAMA

Stailo!»

Transisi populariti Kandell

Kendall yang berusia 19 tahun ini diberi kepercayaan oleh Lagerfeld untuk memperagakan rekaannya dalam iklan kempen musim sejuk 2015.

Varia!»

Bisnes dalam talian nadi Nurul Diana

Rekod pembelian dikemaskini sebelum produk dihantar kepada para pelanggan.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31