TERKINI

Dua lorong jambatan Bukit Kuang dijangka beroperasi September depan

Dua lorong jambatan Bukit Kuang dijangka beroperasi September depan

21/04/2013 9:22pm

KEMAMAN - Jambatan Bukit Kuang dijangka akan dibuka kepada pengguna jalan raya September depan dengan pembukaan dua lorong, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di sini hari ini.

Beliau berkata, jambatan empat lorong setinggi 15 meter itu mampu melancarkan aliran trafik terutamanya dari kawasan industri Teluk Kalung ke Bandar Cukai serta menjadi infrastruktur penting untuk kemajuan ekonomi di Terengganu.

"Kijal akan menjadi sebuah daerah industri berat yang menjadi tumpuan pelabur antarabangsa.

"Pelbagai projek besar akan terlaksana dalam beberapa tahun lagi seperti pembinaan kilang tekstil, projek industri besi dengan kerjasama dengan syarikat

antarabangsa," katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Daerah Kijal dekat sini. - Bernama

Infiniti!»

Perabot daripada kayu pain terpakai

KAYU pain disimpan rapi di dalam bengkel untuk mengekalkan ketahanannya sekali gus tidak mudah rosak.

Varia!»

Melahirkan jutawan bidang penternakan

SITI FATONAH (dua dari kanan) bersama Mohamad Jamil (dua dari kiri) di hadapan Akedemi Usahawan MJ Fatonah di Bestari Jaya, Kuala Selangor, Selangor.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15