PILIHAN RAYA

Jangan terpedaya jawatan kosong SPR

Jangan terpedaya jawatan kosong SPR

20/04/2013 2:59am

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihati orang ramai terutama pengguna internet agar tidak terpedaya dengan e-mel yang mengiklan jawatan kosong di suruhanjaya itu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung e-mel yang mengiklankan jawatan Election Supervisor/Inspectors dan Election Returning Officer di SPR.

"E-mel itu menggunakan nama pegawai perhubungan awam serta menggunakan logo SPR. Gaji yang ditawarkan bagi jawatan Election Inspectors ialah RM5,000 dan RM3,000 untuk Returning Officer.

"Sesiapa yang berminat pula perlu membayar RM550 dan RM450 untuk menghadiri kursus," katanya dengan menambah, pihak SPR telah membuat laporan polis mengenai kes itu.

Bagi PRU-13 ini SPR melantik seramai 234,905 petugas. - Bernama

Horizon!»

Pengalaman indah belai, manjakan gajah

Dua ekor anak gajah ini melakonkan semula kejadian sebenar ibunya mati sebelum kedua-duanya ditangkap oleh Perhilitan dan ditempatkan di KECV.

Varia!»

Terminal Pukal Lekir beroperasi selama 24 jam

Kesibukan sering berlaku di pintu masuk LBT yang membekalkan arang batu ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak.

Process time in ms: 47