TERKINI

JPA buat penilaian sebelum umum 6 Mei cuti atau tidak

JPA buat penilaian sebelum umum 6 Mei cuti atau tidak

19/04/2013 8:19pm

KUCHING - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa akan meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuat penilaian sama ada mengisytiharkan 6 Mei, sehari selepas hari pengundian bagi Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13), sebagai hari cuti.

Beliau berkata, penilaian mungkin juga boleh dibuat oleh jabatan masing-masing, selain penjawat awam yang mengundi, mengambil cuti tahunan.

"Di peringkat pusat, kita belum putuskan lagi dan saya akan minta JPA lihat balik serta tengok berapa ramai terlibat dengan PRU13," katanya.

Kerajaan Kelantan sudah mengumumkan bahawa hari pengundian pada 5 Mei, yang jatuh pada hari Ahad iaitu hari bekerja di negeri itu sebagai cuti peristiwa. - Bernama

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31