TERKINI

Twitter lancar khidmat carian muzik Twitter Music

Twitter lancar khidmat carian muzik Twitter Music

19/04/2013 5:23am

SAN FRANCISCO - Laman sosial Twitter semalam melancarkan khidmat carian muzik yang dinamakan Twitter Music yang turut membolehkan penggunanya berkongsi pelbagai lagu popular terkini.

“Kami dengan ini melancarkan Twitter #music yang akan mengubah cara pengguna melakukan carian lagu berdasarkan Twitter.

Perkhidmatan baharu itu turut memberi peluang kepada pengguna Twitter untuk lebih mengenali muzik dan mendapat pelbagai inspirasi daripada medium tersebut.

"Perkhidmatan ini juga menrapatkan peminat dengan artis yang diminati dan sudah tentu mereka juga boleh berkongsi lagu terus dari aplikasi berkenaan,” umum syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu dalam satu kenyataan.

Twitter #music membolehkan pengguna mendapatkan sampel-sampel lagu sepanjang 30 saat daripada penyedia khidmat penjualan lagui atas talian seperti iTunes, Spotify atyau Rdio music.

Mereka yang menyukai lagu-lagu yang telah dikongsi oleh para artis mahupun rakan-rakan boleh mendengar dan melihatnya dengan memasukkan hashtag #NowPlaying - AFP

Rencana Utama!»

Komitmen PLUS demi keselesaan pengguna

SEBANYAK RM1 bilion dibelanjakan untuk kos operasi, penyelenggaraan yang dilakukan sepanjang tahun untuk menaik taraf lebuh raya.

Varia!»

Amalan tradisi sambut Ramadan di Riau

PERARAKAN bot berhias turut diadakan bagi memeriahkan sambutan Ramadan.- Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16