MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM KE-13

Keputusan penamaan calon dijangka pukul 12 tengah hari

Keputusan penamaan calon dijangka pukul 12 tengah hari

19/04/2013 6:20pm

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan penamaan calon termasuk sama ada terdapat pertandingan atau tidak bagi mana-mana kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat diketahui menjelang 12 tengah hari, esok.

SPR yang akan mengadakan sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat SPR di sini akan turut mengeluarkan statistik termasuk jumlah calon dan parti yang bertanding, calon bebas, jumlah calon wanita dan lelaki, calon termuda dan calon tertua.

Sidang berita itu akan dikendalikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Proses penamaan calon pada pilihan raya kali ini dijangka dapat diselesaikan lebih awal berikutan keputusan SPR memansuhkan proses bantahan dan tempoh penarikan balik pencalonan pada hari penamaan.

Tindakan itu adalah bagi memudahkan lagi proses pada hari tersebut tanpa melibatkan bantahan yang tidak munasabah.

Sebanyak 222 pusat penamaan calon dibuka di seluruh negara esok yang bakal menyaksikan pertandingan bagi merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN pada pilihan raya umum yang ditetapkan, 5 Mei.

Pencalonan akan dibuka mulai 9 pagi sehingga 10 pagi. - Bernama

Rencana Utama!»

Persiapan warga emas hadapi banjir

PAK LEH yang tinggal di Kampung Pasar Lama, Pasir Tumboh, Kampung Pasar Lama, Kota Bharu, Kelantan menunjukkan jarak sungai dengan rumahnya yang terlalu hampir.

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16