TERKINI

Pihak berkuasa Taiwan lancar siasatan ke atas Samsung

Pihak berkuasa Taiwan lancar siasatan ke atas Samsung

16/04/2013 2:55am

TAIPEI - Pihak berkuasa Taiwan melancarkan siasatan ke gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung kerana didakwa mengupah pelajar tempatan menghantar komen negatif di lawan web pesaingnya, HTC.

"Kes ini dibuka sejak minggu lalu selepas kami menerima beberapa aduan mengenainya" kata jurucakap Suruhanjaya Keadilan Perdagangan, Sun Lih-chyun.

Beliau menambah, siasatan akan dilakukan berhubung Samsung terlibat dalam aktiviti pengiklanan palsu dengan firma tersebut dan ejen pengiklanannya boleh didenda sebanyak $25 juta dolar Taiwan(RM2.5 juta).

Aduan tersebut menyatakan Samsung melalui ejen peng iklanannya telah mengupah pelajar tempatan menulis artikel negatif berkenaan produk HTC. - AFP

Process time in ms: 31