NEGARA

Kementerian pantau doktor palsu di klinik swasta

Kementerian pantau doktor palsu di klinik swasta

KUALA LUMPUR - Pengarah Kesihatan negeri diarah menjalankan pemantauan dan siasatan ke atas klinik-klinik swasta di negeri masing-masing bagi memastikan tidak menggunakan perkhidmatan doktor palsu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya turut mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan menyiasat kes doktor palsu yang dilaporkan berlaku di Melaka secepat mungkin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan polis menahan seorang pondan kelmarin yang menyamar sebagai doktor perubatan dan memperdayakan lima klinik swasta di daerah Melaka Tengah untuk bekerja dengan mereka secara sambilan.

Tembelang lelaki berusia 26 tahun dari Sabah yang dikenali sebagai Doktor Ika sejak awal tahun lalu itu terbongkar selepas sijil Perakuan Amalan Tahunan daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) didapati palsu.

Horizon!»

Keterujaan merekod spesies burung

Aksi sekumpulan jurugambar ketika merakam spesies burung yang ditemui di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor baru-baru ini.

Varia!»

Menangani kes buli di tempat kerja

Seorang ketua yang melemparkan kata-kata kesat kepada orang bawahannya boleh dianggap sebagai buli secara fizikal. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47