TERKINI

SPR Sabah keluarkan 621 borang pencalonan PRU-13

SPR Sabah keluarkan 621 borang pencalonan PRU-13

11/04/2013 7:17pm

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah setakat semalam sudah mengeluarkan 621 borang pencalonan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengarah (Operasi) Pilihan Raya negeri, Abdul Manap Ali Omar berkata, daripada jumlah itu, 188 borang dikeluarkan untuk Parlimen dan 433 borang untuk Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Wakil setiap parti yang ingin bertanding pada pilihan raya umum di negeri ini mulai mengambil borang di pejabat kami sejak 4 April lalu iaitu sebaik Parlimen dan DUN dibubarkan," katanya.

Abdul Manap berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan writ kepada 26 pegawai pengurus PRU-13 Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Pejabat Pilihan Raya negeri di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini

hari ini.

Sementara itu, di Kuantan, Pengarah Pilihan Raya Pahang, Othman Noh berkata, sehingga kini 54 borang pencalonan bagi Parlimen dan 138 borang untuk DUN telah dikeluarkan.

Beliau berkata, 14,591 petugas SPR Pahang akan bertugas sepanjang proses PRU-13, manakala pada hari pengundian 5 Mei sebanyak 1,531 saluran undi biasa akan dibuka.

Ujarnya, SPR Pahang akan menggunakan khidmat helikopter di tiga kawasan Parlimen iaitu di Jerantut, Rompin dan Cameron Highlands bagi urusan pengangkutan kertas undi. - Bernama

Rencana Utama!»

Kerok 200 helai daun nanas sehari

Benang daun nanas tahan lama dan sedikit kasar berbanding benang lain di pasaran.

Stailo!»

Ciptaan semula 10 gaya terbaik satu abad

SEBANYAK 10 gaya solekan sentuhan jurusolek profesional Stevesunny dipersembahkan di pentas peragaan di pusat beli-belah Mid Valley.

Varia!»

Corak unik daun Caladium Aaron

Letakkan bekas tanaman di tempat teduh serta sejuk seperti di bilik mandi bagi menyediakan persekitaran yang sesuai untuk mempercepatkan pertumbuhan akar anak pokok yang baharu.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31