MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM KE-13

Najmuddin kekal tidak bertanding

Najmuddin kekal tidak bertanding

11/04/2013 2:20am

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau, Datuk Mohd. Najmuddin Elias (gambar) menolak tawaran pihak tertentu untuk bertanding atas tiket bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Penasihat Hal Ehwal Agama Islam Menteri Besar Perak yang baru-baru ini mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada PRU-13 mendakwa, beliau menerima beberapa mesej khidmat pesanan ringkas daripada pihak tertentu yang mendesaknya bertanding atas platform bebas.

"Saya menolak apa sahaja tawaran kerana pendirian saya masih seperti yang diumumkan pada minggu lepas iaitu untuk tidak bertanding," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Khamis lepas, Mohd. Najmuddin mengumumkan beliau tidak mempertahankan kerusi DUN Batu Kurau kerana mahu menumpukan perhatian kepada hal ehwal agama Islam di Perak dan memberi laluan kepada muka baharu.

"Ada juga yang memujuk saya supaya bertanding atas tiket bebas dan mereka bersedia untuk menaja," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Najmuddin mempertahankan kerusi DUN Batu Kurau dengan mendapat 7,023 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, Hamid Ali yang memperoleh 4,584 undi. - Bernama

Rencana Utama!»

Tingkatkan pendapatan penternak

PROGRAM Pembangunan Tenusu di Vietnam bertujuan untuk mengoptimumkan keuntungan.

Pemotoran!»

HLYM kukuhkan saingan motosikal kuasa tinggi

CH Ng (tengah) bersama dua pelumba pasukan Yamaha MotoGP turut menyertai majlis pelancaran model MT-07 di Sepang, Selangor baru-baru ini.

Horizon!»

Percutian santai di bumi Perlis

PARA pengunjung boleh merasai pengalaman memberi makanan kepada burung unta di Taman Agro-Lancong.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47