VARIA

Basikal guna gentian karbon dilancar

Basikal guna gentian karbon dilancar


BASIKAL premium Duo Cali dibina berasaskan ciri-ciri pesawat dan jentera F1.


CATERHAM COMPOSITES (Caterham) melancarkan basikal premium Duo Cali dengan merangkumi kejituan rekaan dan penggunaan bahan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dianggap sebagai revolusi konsep baharu basikal, ia menggunakan idea kenderaan perlumbaan yang ringan dengan memasukkan ciri-ciri pesawat dan jentera Formula Satu (F1).

Strukturnya ringan dibangun menggunakan bahan gentian karbon menjadikan ia basikal pertama diperbuat daripada komposisi komposit sepenuhnya.

Ia menolak falsafah lama rekaan basikal bagi memenuhi pengalaman kejuruteraan F1 yang praktikal. Kelainan yang terdapat pada Duo Cali adalah pada rekaan bingkainya.

Tiub bingkai terpisah dan penukaran gear elektronik yang dibina dalam bingkai menjadikan sifat Duo Cali seakan-akan teknologi F1.

Berbanding rekaan basikal terdahulu, mekanisme gear elektroniknya merupakan sebahagian daripada struktur, bukan dipasang kemudian dan disembunyikan.

Ia direka dan ditentukan sejak proses rekaan lagi. Gear seumpama itu merupakan yang pertama dalam industri basikal dan sudah semestinya dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.

Duo Cali menggunakan komponen-komponen basikal yang setanding dengan jenama Caterham lain seperti Campagnolo, Selle Italia dan Crankbrother.

Basikal berkenaan boleh didapati di pasaran dalam negara dengan harga sekitar RM40,000.

Rencana Utama!»

Kita hanya ada 1,500 ekor tapir

Kurungan perlu dibersihkan setiap hari bagi memastikan tapir bebas daripada sebarang risiko dijangkiti penyakit.

Horizon!»

Cahaya memukau peneman larian

RIBUAN peserta daripada pelbagai peringkat umur mengambil bahagian dalam acara larian kali ini.

Varia!»

Keghairahan mengejar kejayaan akademik

PENDIDIKAN anak-anak merupakan perkara yang sangat penting bagi setiap ibu bapa. Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31