TERKINI

Sukarelawan mati terjatuh ketika pasang bendera pada pokok rambutan

Sukarelawan mati terjatuh ketika pasang bendera pada pokok rambutan

10/04/2013 10:06am

PONTIAN - Seorang sukarelawan sebuah parti politik terbunuh apabila terjatuh dari sebatang pokok ketika cuba membetulkan bendera yang dipasang di Jalan Sawah, Pekan Nanas, di sini semalam.

Mangsa, Abd. Jalil Buyamin, 58, ditemui meninggal dunia dalam longkang simen berhampiran rumah ibunya dalam keadaan kepalanya berdarah setelah terjatuh dari pokok rambutan.

Mayat beliau ditemui oleh beberapa pelajar sekolah yang melalui jalan tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Menurut isteri mangsa, Khatijah Md. Dom, 51, beliau diberitahu mengenai kejadian tersebut oleh seorang kenalan allahyarham termasuk saudaranya ketika dia sedang menyapu sampah di rumahnya di Taman Sentosa, Pekan Nanas.

Kata wanita itu, dia seperti tidak percaya apabila diberitahu mengenai kemalangan tersebut dan terus ke tempat kejadian dan mendapati suaminya telah meninggal dunia. - KOSMO!

Rencana Utama!»

Turun padang kaji punca pencemaran

PASUKAN UTKFAS turut mendapatkan sampel air dari Sungai Semenyih, Selangor untuk dianalisis.

Varia!»

Sikap individu cabar kreativiti ahli pemasaran

SYARIKAT yang mengungguli konsep one to one marketing pasti akan menguasai kelompok pengguna yang semakin individualistik dalam sesuatu pasaran. – Gambar hiasan

Process time in ms: 31