TERKINI

Data peribadi pengarah Perkidmatan Rahsia AS digodam

Data peribadi pengarah Perkidmatan Rahsia AS digodam

05/04/2013 4:53am

WASHINGTON - Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) semalam menyatakan pihaknya kini menyiasat dakwaan maklumat peribadi pengarah baharu agensi berkenaan, Julia Pierson telah digodam dan disiarkan di internet.

Ia merupakan insiden terbaharu melibatkan pegawai kanan AS termasuk Wanita Pertama Michelle Obama dan Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), John Brennan.

Maklumat peribadi Pierson yang dibocorkan di laman web tersebut termasuk nombor Keselamatan Sosial, nombor telefon dan laporan kredit kad termasuk akaun pembeliannya di gedung Home Depot, Sears dan Macy’s.

Setakat ini kesahihan data peribadi tersebut yang disiarkan di laman web www.exposed.re masih tidak dapat dipastikan.

“Kami masih menyiasat dan kami menyedari perkara tersebut,” kata seorang jurucakap Perkhidmatan Rahsia dan mengulas lanjut.

Agensi tersebut bertugas melindungi Presiden AS dan anggota keluarganya. - Reuters

Varia!»

Tilawah pengerat silaturahim

MOHSEN HASSANI (kiri) dan Asrina Asril bersama hadiah masing-masing pada Majlis Penutup Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa ke-57 di Dewan Merdeka, PWTC baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 63