TERKINI

Biri-biri ganti jentera pemotong rumput

Biri-biri ganti jentera pemotong rumput

04/04/2013 4:50am

PARIS - Sebanyak empat ekor biri-biri hitam akan meng gantikan mesin pemotong rumput di sekitar daerah timur laut ibu kota Perancis di sini semalam.

‘Pekerja-pekerja taman’ itu bertindak sebagai mesin rumput mesra alam dengan meragut rumput di kawasan seluas lapan buah gelanggang tenis selama enam bulan.

Usaha tersebut juga bertujuan untuk memulihara kehijauan kawasan tersebut tanpa menggunakan kedua-dua racun rumpai dan jentera pemotong rumput.

“Dengan menggunakan haiwan, proses biodiversiti dapat diwujudkan apabila sisa buangan biri-biri itu akan menarik perhatian serangga sekali gus menarik kehadiran bu rung-burung pemakan serangga,” jelas presiden firma Eco Terra, Alain Divo yang merancang untuk membangunkan projek padang ragut mesra alam itu di beberapa kawasan bandar di Perancis. - AFP

Stailo!»

Rentasan karier Anaabu, Nur Safira

Nur Safira dan Ana ialah bakat mentah industri fesyen yang masih digilap keistimewaannya.

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16