PILIHAN RAYA

Pembangkang resah dengan bantuan yang disalurkan BN

Pembangkang resah dengan bantuan yang disalurkan BN

29/03/2013 8:57pm

KUALA SELANGOR - Bantuan yang diberikan kerajaan Persekutuan dan kerajaan pakatan pembangkang menggunakan pendekatan yang berbeza dan diibaratkan seperti ‘penyu dan ayam’ bertelur, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata, kerajaan Persekutuan telah memberikan pelbagai bantuan termasuk subsidi kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang malah disampaikan secara terus tanpa perlu mengadakan sebarang majlis yang diibaratkan sebagai ‘penyu dalam diam bertelur banyak’.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, ia berbeza dengan sikap kerajaan pakatan pembangkang yang menghulurkan bantuan tetapi pada masa sama menghebahkan serta mengaku kepada rakyat kononnya mereka prihatin sedangkan bantuan yang diberikan ibarat ‘ayam telur sebiji riuh sekampung’.

“Budaya kita (kerajaan Persekutuan) selama ini beri macam-macam bantuan ibarat penyu duduk diam-diam tetapi bertelur banyak. Bukan seperti mereka (pembangkang) bagi sedikit riuhnya bukan main lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan baucar [email protected] Rakyat kepada kira-kira 900 penerima di sini petang ini.

Justeru, Noh berkata, apabila kerajaan Persekutuan kini mengambil pendekatan memberi sumbangan kepada rakyat secara terbuka dan jelas, maka pembangkang sudah mula gelisah serta mula melemparkan banyak tuduhan kepada kerajaan persekutuan. - Bernama

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 31