TERKINI

Sambutan Hari Polis ke-206 di Pulapol

Sambutan Hari Polis ke-206 di Pulapol

25/03/2013 1:18am

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan Majlis Upacara Perhimpunan dan Perbarisan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini hari ini.

Majlis itu akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Pelbagai acara menarik akan diadakan pada hari tersebut seperti persembahan, perbarisan dan macam-macam lagi.

Bersempena sambutan itu juga, PDRM turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan shuttle di beberapa lokasi sekitar ibu negara.

Kenderaan akan berada di beberapa lokasi yang ditetapkan bermula pada jam 6.30 pagi dan akan bertolak ke PULAPOL Kuala Lumpur pada jam 7.15 pagi.

Lokasi-lokasi yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Di hadapan Kompleks Beli Belah Pavillion, Bukit Bintang

2. Di hadapan bangunan Maybank, Pudu Raya

3. Di hadapan pondok polis, KL Sentral

4. Berhampiran pondok polis, Central Market

5. Di hadapan Hotel Nikko, Ampang Park

6. Perumahan Polis (Desa Aman 1&2)

7. Di hadapan Kelompok Cempaka, Perumahan Polis Keramat Wangsa

8. Di hadapan flat Perumahan Polis Desa Baiduri

9. Perumahan Polis Bukit Aman (Menara 1)

Varia!»

Baju baharu pada 1 Syawal

JASLEEN dan Kirpal (berdiri belakang dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Julaina dan Bob Komando serta anak-anak mereka di Gulati's, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15