TERKINI

Ismail Ahmad Ketua Pengarah JPJ yang baharu

Ismail Ahmad Ketua Pengarah JPJ yang baharu

21/03/2013 7:40pm

KUALA LUMPUR Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad dilantik Ketua Pengarah JPJ yang baharu mulai 25 Mac ini.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berkata, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Solah Mat Hassan yang tamat tempoh secara kontrak pada 24 Mac.

"Saya percaya pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki Ismail akan membolehkan beliau menerajui dan meneruskan kecemerlangan JPJ melalui penguatkuasaan dan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan berteknologi tinggi ke arah mencapai pengurusan penguatkuasaan pengangkutan jalan bertaraf dunia pada tahun 2020, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan merakam setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Solah atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang empat tahun lima bulan menyandang jawatan Ketua Pengarah JPJ. BERNAMA

Rencana Utama!»

Pesawat TUDM pertama jaga kedaulatan negara

Majlis penyerahan pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer kepada kerajaan Malaysia yang diadakan di Preswitch Port, Scotland pada tahun 1958.

Varia!»

Erti merdeka dalam era teknologi

GENERASI muda pada hari ini lebih gemar mengekspresikan semangat patriotisme mereka melalui alam maya dan media sosial. Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31